Buat Renungan

Thursday, February 24, 2011

Muhyiddin harap dasar 1M1S dapat sokongan ibu bapa

CHANGLUN 24 Feb. - Kementerian Pelajaran berharap Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) yang dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya tahun ini akan mendapatkan sokongan ibu bapa bagi menjayakannya dalam usaha membentuk modal insan yang holistik.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu ketika dahulu sukan merupakan aktiviti yang penting bukan hanya untuk kokurikulum tetapi juga untuk aktiviti kemasyarakatan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sejak kebelakangan ini penglibatan pelajar dalam sukan merosot dan kalau ada pun hanya terbatas dengan aktiviti di sekolah.

"Sebab itu mulai tahun ini saya gerakkan semula program satu murid satu sukan ini dan dikemukakan semula untuk tingkatkan prestasi pelajar bukan hanya akademik tetapi juga kokurikulum,” katanya ketika merasmikan Program Matrikulasi Bersama-sama Masyarakat Peringkat Kebangsaan di Kolej Matrikulasi Kedah di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, program matrikulasi mesti diperkasakan dan dijadikan salah satu agenda utama kementerian untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Hari Kebesaran Islam

Dari Mana Tu...

Blog Archive

Cuti-Cuti Sekolah

Followers

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP