Buat Renungan

Monday, October 26, 2009

ADAKAH HARGA KERETA LABUAN AKAN NAIK?

Dasar baru automotif diumum minggu ini

Okt 26, 09 3:16pm
Hasil kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) akan diumumkan dalam minggu ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed hari ini.

"Dua tiga hari lagi saya akan umumkan. Esok, kita akan pastikan bila (tarikhnya)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kemuncak Program Kualiti dan Inovasi kementerian itu di Kuala Lumpur hari ini.

Baru-baru ini, beliau berkata hasil kajian semula dasar itu mungkin akan diumumkan selewat-lewatnya awal bulan hadapan.

Sebelum itu, hasil kajian semula NAP dijangka diumum pada bulan September lalu tetapi ditangguhkan ke satu tarikh baru.

"Tiada masalah untuk diumumkan dalam minggu ini," katanya.

NAP, yang diperkenalkan pada 2006, melibatkan tidak kurang 150,000 orang dalam bidang pengeluaran, jualan, pengedaran dan pembiayaan kereta di negara ini.

NAP yang baru itu akan mempunyai dasar jelas untuk masa depan Proton, pembuat kereta nasional dan syarikat lain termasuk pengilang komponen, vendor dan pengedar.

Mustapa berkata sebahagian hasil kajian semula dasar itu sudah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2010, Jumaat lalu.

Ia berkaitan untuk mengenakan RM10,000 ke atas pemegang permit import (AP) terbuka bagi setiap AP yang dijual.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata kementerian itu akan memperhebat mempromosi perdagangan ke pasaran baru seperti ke negara-negara bekas Soviet seperti Uzbekistan, Kazakhstan dan Tajikistan, selain menerokai pasaran Rusia dan negara-negara Amerika Selatan seperti Brazil.

"Negara-negara ini mempunyai perdagangan yang kecil (dengan Malaysia) tetapi potensinya besar. Ini merupakan fokus kita pada tahun hadapan selain memantapkan pasaran tradisi kita."

Beliau berkata tumpuan pada tahun hadapan juga adalah untuk mengimbangi kemasukan pelaburan asing dan domestik.

"Pada ketika ini, kita, melalui MIDA, memberi tumpuan hampir 70 peratus usaha menarik pelaburan asing ke dalam negara. Tetapi, pada tahun hadapan kita akan mengimbangi pelaburan domestik sebanyak 50 peratus."

MIDA atau Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia adalah agensi utama kerajaan bagi membantu syarikat-syarikat yang berhasrat untuk melabur dalam negara. BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Hari Kebesaran Islam

Dari Mana Tu...

Blog Archive

Cuti-Cuti Sekolah

Followers

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP